Cari @ Amanz

Seperti mana yang diperkatakan sebelum ini, kini laman Foozy.my telah pun mula beroperasi, memfokuskan sepenuhnya kepada sukan bola sepak, dan menjenamakan diri mereka sebagai laman sosial dan komuniti bola sepak tempatan, memfokuskan bukan sahaja sukan bola sepak Malaysia, tetapi juga seluruh dunia.

Dan apa yang menariknya adalah dimana ianya turut didatangkan dengan forum dan berita semasa, dan paling menarik adalah sokongan siaran langsung melalui laman mereka. Perkara ini semestinya akan amat diminati oleh para pengguna tempatan, memandangkan boleh menonton bola sepak secara langsung terus melalui pelayar web mereka. Namun begitu, buat masa ini ianya masih tidak diketahui bagaimanakah ianya berfungsi dan mungkin kita akan ketahuinya pada penghujung minggu ini.

Bersempena dengan pelancaran juga, Foozy menawarkan pelbagai hadiah menarik, daripada jersi sehinggalah kepada hadiah yang paling digemari ramai, iaitu iPad 2.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd