Nokia Malaysia Memperkenalkan Kemaskini Symbian Anna Kepada Pengguna N8

Nokia Malaysia Memperkenalkan Kemaskini Symbian Anna Kepada Pengguna N8

Diterbitkan pada Ogos 25, 2011 oleh .

Setelah ditangguhkan sementara, kini ianya kelihatan yang mana Nokia Malaysia telah pun melancarkan kemaskini Symbian Anna kepada semua pengguna Nokia N8 tempatan, membolehkan mereka mengemaskini peranti mereka kepada sistem operasi Symbian yang terkini, dan menikmati pelbagai ciri-ciri baru.

Namun begitu, salah satu perkara yang dinantikan, iaitu papan-kekunci split tidak didatangkan dalam kemaskini Symbian Anna untuk para pengguna Malaysia, dan Nokia Malaysia menjanjikan akan memperkenalkannya melalui kemaskini akan datang. Ianya juga tidak diketahui sepenuhnya mengapa ianya tidak disertakan bersama-sama.

Selain daripada itu, Symbian Anna membawakan prestasi yang lebih baik, dengan pelbagai perubahan, termasuk pada pelayar web, antaramuka, dan juga sokongan permesejan yang lebih baik berbanding sebelum ini.


TIPS & ULASAN