Pelabur Pada P1, SK Telecom Turut Inginkan Hulu?

Pelabur Pada P1, SK Telecom Turut Inginkan Hulu?

Diterbitkan pada Ogos 25, 2011 oleh .

Sebelum ini, ianya telah diperkatakan yang mana Google, Amazon dan juga Yahoo! bakal membida untuk memiliki Hulu pada minggu ini. Kini, ianya turut sama diperkatakan yang mana gergasi telekomunikasi Korea Selatan, iaitu SK Telecom turut sama inginkan Hulu, dan bakal membida untuknya.

Buat masa ini, Hulu mempunyai kerjasama bersama-sama dengan beberapa syarikat terkemuka seperti News Corp, Disney dan juga Comcast, dimana melaluinya ianya mendapat hak eksklusif selama tiga tahun untuk membawakan rancangan mereka ke PC. Pada masa yang sama, Hulu turut sama mempunyai program eksklusif mereka tersendiri dinamakan Hulu+.

Buat masa ini, ianya tidak diketahui berapakah nilai yang ditawarkan oleh SK Telecom, dan mungkinkah sekiranya SK Telecom mengambil-alih Hulu, kita di Malaysia mungkin menerima tempiasnya melalui P1?


TIPS & ULASAN