Mudah.my Dan Lowyat.net Diserang DDOS

Mudah.my Dan Lowyat.net Diserang DDOS

Diterbitkan pada Ogos 25, 2011 oleh .

Kini ianya dilaporkan yang mana beberapa laman terkemuka di kalangan pengguna tempatan sedang mengalami serangan DDOS, dan diantaranya adalah laman forum terkemuka Lowyat.net dan juga laman jual-beli Mudah.my.

Walaubagaimanapun, ianya kelihatan yang mana laman Lowyat.net masih boleh dilayari seperti biasa buat masa ini, namun berbeza buat laman Mudah.my yang memperlihatkan masa untuk membuka yang amat lama.

Beberapa pengguna juga turut sama melaporkan yang mana Mudah.my mengalami masalah pada web mereka sejak malam semalam. Buat masa ini ianya masih tidak diketahui siapakah yang sedang menyerang, dan ianya diperkatakan serangan adalah daripada luar negara.

Kemaskini (2.30 pagi) : Ianya kelihatan yang mana hanya Lowyat.net sahaja yang diserang oleh DDOS, sebaliknya Mudah.my kini dalam proses mengemaskini laman dan pelayan mereka.

Tips awal daripada @EinzTrigger


TIPS & ULASAN