Jumlah Pelanggan UniFi Menghampiri Angka 150,000 Orang

Jumlah Pelanggan UniFi Menghampiri Angka 150,000 Orang

Diterbitkan pada Ogos 25, 2011 oleh .

Telekom Malaysia ataupun yang mana turut dikenali sebagai TM kini telah pun mengeluarkan laporan suku tahun kedua tahun 2011 ini, yang mana memperlihatkan pelbagai data-data menarik berkaitan perkhidmatan mereka, terutamanya Streamyx dan juga UniFi.

Perkhidmatan jalur-lebar berkelajuan tinggi daripada TM, iaitu UniFi baru sahaja dilancarkan setahun lebih, dan telah memperlihatkan peningkatan yang drastik. Sehingga 18 Ogos 2011 yang lepas, ianya dilaporkan yang mana UniFi telah mempunyai seramai lebih daripada 142,000 orang pelanggan, dan kini meliputi 973,000 premis di beberapa kawasan yang telah diperkenalkan perkhidmatan tersebut. Buat masa ini, TM mensasarkan untuk mencapai liputan sebanyak lebih 1.1 juta premis menjelang penghujung tahun ini.

Pada masa yang sama, angka pengguna Streamyx terus bertambah, dimana kini pelanggan yang melanggan perkhidmatan Streamyx adalah seramai 1.721 juta orang. Selain daripada itu, lokasi-lokasi Hotspots dan juga Streamyx Zones terus ditambah, meliputi lebih 16,111 lokasi seluruh negara, dan disasarkan untuk diperkenalkan di lebih 28,000 lokasi menjelang penghujung tahun ini.

Pada masa yang sama, TM turut sama melaporkan yang mana pendapatan pertengahan tahun pertama 2011 memperlihatkan peningkatan sebanyak 2.5% berbanding tahun lepas.


TIPS & ULASAN