Telefon Pintar Generasi Baru BlackBerry Akan Menyokong Aplikasi Android

Telefon Pintar Generasi Baru BlackBerry Akan Menyokong Aplikasi Android

Diterbitkan pada Ogos 25, 2011 oleh .

Jikalau sebelum ini, RIM hanya mengumumkan sokongan aplikasi Android untuk tablet mereka, iaitu BlackBerry PlayBook, kini ianya dilaporkan yang mana RIM turut sama akan membawakan sokongan aplikasi Android pada peranti generasi baru BlackBerry pada awal tahun hadapan yang berasaskan QNX.

Ianya berkemungkinan adalah salah satu cara untuk RIM menarik balik minat pengguna untuk menggunakan peranti mereka, dan berkemungkinan BlackBerry Colt yang diperkatakan sebelum ini akan menjadi telefon pintar BlackBerry pertama yang menyokong aplikasi Android.

Walaubagaimanapun, ianya masih tidak diketahui bagaimanakah RIM akan menyokong aplikasi Android pada BlackBerry. Jikalau dilihat pada PlayBook, ianya dijayakan dengan penggunaan Android AppPlayer, iaitu suatu aplikasi khas untuk menjalankan aplikasi Android pada PlayBook. Berkemungkinan RIM akan menggunakan perkara yang lebih kurang sama pada telefon pintar QNX mereka kelak.

Aplikasi Android AppPlayer untuk PlayBook juga dijangka akan dilancarkan tidak lama lagi dalam tahun ini, bersama-sama dengan sokongan emel dan juga BBM padanya.


TIPS & ULASAN