Carian
Steve Jobs Bersara – Menamakan Tim Cook Sebagai CEO Apple Baru
August 25, 2011 Aman

Salah satu berita mengejutkan pada pagi ini adalah dimana kini Steve Jobs telah pun bersara daripada jawatan CEO Apple, dan kini menamakan Tim Cook sebagai CEO baru. Walaubagaimanapun, Steve Jobs masih kekal bersama Apple, dimana beliau kini dilantik sebagai ketua untuk lembaga pengarah Apple.

Perkara ini berkuat-kuasa serta-merta. Sebelum ini Tim Cook merupakan COO di Apple, yang mana bertanggungjawab untuk jualan dan operasi Apple diseluruh dunia. Beliau juga merupakan ketua bahagian Apple Macintosh, dan telah bersama-sama Apple selama lebih 13 tahun.

Sebelum ini, Steve Jobs telah menyumbang pelbagai perkara dalam kejayaan Apple, dan mungkin perkara ini akan terus diteruskan bersama-sama Tim Cook. Sama-sama kita nantikan perkara baru yang bakal dibawakan oleh Tim Cook kelak.

Komen