Facebook Bakal Memperkenalkan Pesaing Untuk Instagram Dan Molome?

Facebook Bakal Memperkenalkan Pesaing Untuk Instagram Dan Molome?

Diterbitkan pada Ogos 25, 2011 oleh .

Ianya kini dilaporkan yang mana Facebook pernah mencuba membeli Instagram, tetapi gagal sebelum ini. Namun begitu, Facebook seperti tidak berputus asa, dan mengambil-langkah untuk membangunkan aplikasi seumpama Instagram mereka tersendiri, dan dijangka akan diperkenalkan kepada semua pengguna aplikasi Facebook mudah-alih tidak lama lagi.

Melalui aplikasi tersebut kelak, ianya akan membolehkan para pengguna menambah beberapa efek menarik pada gambar yang dirakamkan oleh mereka, sebelum berkongsi melalui laman Facebook. Sebelum ini, pada bulan Jun yang lepas, ianya turut sama pernah diperkatakan yang mana Facebook bakal memperkenalkan aplikasi yang dikhaskan untuk perkongsian gambar tidak lama lagi, dan mungkin ianya akan diintegrasikan bersama oleh pihak Facebook.

Facebook Photo

Pada masa yang sama, mungkinkah Facebook bakal memperkenalkan aplikasi individu untuk pelbagai perkhidmatan mereka, dimana sebelum ini mereka telah memperkenalkan aplikasi Facebook Messages, dan kini diperkatakan mengenai aplikasi perkongsian gambar.


TIPS & ULASAN