Cari @ Amanz

Seperti mana yang pernah diperkatakan sebelum ini, hari ini akhirnya pihak Research In Motion sendiri secara rasminya telah mengumumkan perkhidmatan terbaru mereka sebagai tambahan untuk perkhidmatan BlackBerry Messenger, iaitu BBM Music.

BBM Music secara ringkasnya merupakan salah satu perkhidmatan muzik berasaskan awan yang membolehkan para pengguna berkongsi lagu-lagu mereka secara sosial bersama-sama dengan rakan-rakan BBM mereka yang lain dengan mudah, dimana bilangan lagu anda akan bertambah apabila anda kongsikannya dengan lebih ramai rakan-rakan lain.

Bagi memulakannya, para pengguna boleh membina profail mereka tersendiri dengan lebih 50 lagu kegemaran pada harga $4.99 sebulan. Setiap penambahan rakan BBM Music akan memberikan akses kepada lagu-lagu pilihan rakan anda juga, dan menambah koleksi lagu-lagu anda sendiri. Pada masa yang sama, BBM Music juga menyimpan lagu di kad SD anda dalam bentuk cache untuk dimainkan ketika tiada talian internet.

Pihak RIM dijangka akan memperkenalkan perkhidmatan BBM Music ini di Malaysia tidak lama lagi di Malaysia pada langganan $4.99 sebulan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd