Microsoft Lync Mobile Bakal Diperkenalkan Untuk Semua Platform Tidak Lama Lagi

Microsoft Lync Mobile Bakal Diperkenalkan Untuk Semua Platform Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Ogos 25, 2011 oleh .

Seperti sedia maklum, sebelum ini Microsoft pernah memperlihatkan Microsoft Lync, iaitu salah satu cara untuk menghimpunkan semua cara komunikasi dengan mudah melalui hanya satu aplikasi. Dan, kini menariknya, ianya kelihatan yang mana Lync akan diperkenalkan pada Windows Phone Mango tidak lama lagi.

Buat masa ini, Lync boleh diperkatakan masih lagi dalam peringkat pembangunan, dimana melalui demo yang diperlihatkan ianya memperlihatkan aplikasi tersebut menghadapi masalah beberapa kali sebelum dapat diperlihatkan sepenuhnya.

Ianya juga masih tidak diketahui bagaimanakah Lync akan beroperasi sepenuhnya kelak. Tetapi Microsoft pada masa yang sama, turut mengatakan yang mana Microsoft Lync untuk iOS, Android, Symbian dan beberapa platform lain akan diperkenalkan dalam masa beberapa minggu lagi, berkemungkinan secara serentak dengan Lync untuk Windows Phone.


TIPS & ULASAN