Celcom Mula Menawarkan Bold 9900 Dan Torch 9810

Celcom Mula Menawarkan Bold 9900 Dan Torch 9810

Diterbitkan pada Ogos 25, 2011 oleh .

Seperti mana yang dinantikan ramai, kini Celcom telah pun mula menawarkan BlackBerry Bold 9900 dan juga BlackBerry Torch 9810 kepada para pengguna mereka. Untuk kedua-dua peranti ini, Celcom menyediakan dua pilihan pakej, iaitu Celcom Exec dan juga Celcom Biz untuk pilihan para pengguna mereka.

Ianya masih lagi tidak diketahui adakah para pengguna boleh mendapatkannya melalui Celcom hari ini ataupun tidak, tetapi memandangkan Celcom sudah pun mula memperlihatkan pakej mereka, berkemungkinan ianya sudah boleh didapati daripada cawangan Celcom dan BlueCube seluruh negara bermula hari ini.

Selain daripada Celcom, DiGi dan Maxis juga dijangka akan memperkenalkan pakej dan pelan mereka tidak lama lagi. Sebelum ini, ianya diperkatakan yang mana BlackBerry Bold 9900 hanya akan dijual di Malaysia bermula 15 September ini.

Tawaran BlackBerry Torch 9860 daripada Celcom masih tidak kelihatan buat masa ini.

Kemaskini : Masih belum boleh didapati daripada BlueCube. (Terima kasih @SoyaCincau)

Tips awal daripada Siti dan Beta.


TIPS & ULASAN