Berbeza dengan minggu-minggu lepas, dimana kita lihat carian popular Google Malaysia lebih ditujukan kepada carian berkaitan di Malaysia lebih banyak, pada minggu ini, ianya sedikit berkurangan, dan lebih tertumpu kepada perkara global yang lain, termasuk filem dan gajet terbaru.
Berikut merupakan senarai 10 carian terhangat di Malaysia sepanjang 19 Ogos hingga 25 Ogos yang lepas:
Perkahwinan Kim Kardashian
Pada 20 Ogos yang lepas, salah seorang selebriti terkenal, iaitu Kim Kardashian telah pun melangsungkan perkahwinan bersama-sama dengan pemain NBA, iaitu Kris Humphries.
Mesut Ozil
Pada perlawanan 17 Ogos yang lepas, pemain Real Madrid, Mesut Ozil dan juga pemain Barcelona iaitu David Villa telah bertengkar, mengatakan yang mana Villa telah menghina Islam ketika permainan.
Lailatul Qadar
Dengan bulan Ramadhan yang menghampiri penghujungnya, ramai mula mencari maklumat berkaitan malam Lailatul Qadar, yang mana hadir pada 10 malam terakhir Ramadhan.
Final Destination 5
Siri terbaru daripada Final Destination, iaitu Final Destination 5 telah pun mula dimainkan di pawagam Malaysia secara rasminya bermula hari ini, 25 Ogos. Ramai peminat telah mencari maklumat berkaitan dengan filem seram dan mengejutkan itu secara atas talian terlebih dahulu sebelum menontonnya.
Lagu Raya Aidilfitri
Seperti biasa, dengan musim perayaan Aidilfitri yang semakin dekat, ramai yang telah mula mencari lagu-lagu raya secara atas talian, untuk mendengar dan memuat-turunnya.
Samsung Galaxy
Galaxy Tab telah pun dilancarkan oleh Samsung Malaysia bersama-sama dengan Celcom pada penghujung minggu lepas, dan telah ditawarkan pada harga serendah RM99. Perkara ini semestinya telah menarik minat ramai pengguna untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan dengannya.
Yuna
Yuna yang hari ini telah mendapat status disahkan pada Twitter diperkatakan akan mengadakan konsert beliau tersendiri di Malaysian Philharmonic Orchestra di Petronas Philharmonic Hall tidak lama lagi.
Kim Hyun Joong
Salah seorang bintang kelahiran Korea telah pun hadir dan melawat Malaysia, dimana para pengguna tempatan telah menggunakan Google Malaysia untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan lawatan beliau dan diri beliau sendiri.
iPad 3
Kini, ura-ura berkaitan dengan iPad 3 yang diperkatakan akan dilancarkan pada tahun ini, telah mengalami penangguhan, dan diperkatakan akan dilancarkan kepada umum pada awal bulan tahun 2012 kelak.
Seoul Garden
Groupon Malaysia telah pun menyediakan sebuah tawaran khas untuk para peminat restoran Korea terkemuka ini, dan ianya seperti telah mendapat sambutan hangat daripada para pengguna tempatan.