Selain daripada pelancaran tiga peranti Symbian Belle semalam, hari ini, Nokia turut sama memperkenalkan peranti telefon bimbit asas dan murah, iaitu Nokia 101 dan juga Nokia 100 hari ini. Kedua-dua peranti ini menggunakan sistem operasi Series 30 padanya.
Secara kasarnya, Nokia 101 dan juga Nokia 100 adalah serupa, cuma dimana Nokia 101 membawakan sokongan dwi-SIM dan juga mempunyai pemain MP3 padanya. Menariknya lagi adalah dimana Nokia 100 dan Nokia 101 ini membawakan jangka masa bertahan bateri sehingga 25 hari lamanya.
Selain daripada itu, kedua-dua peranti ini turut membawakan radio FM terbina, serta Nokai 101 membawakan sokongan kad memori sehingga 16GB padanya. Kedua-dua peranti ini bakal mula dijual di beberapa pasaran terpilih tidak lama lagi, membawakan harga kurang daripada RM150 setiap satu.