Carian
Pengumuman: Ucapan Raya & Langganan Buletin Harian Amanz
August 26, 2011 Ikhwan Nazri

Seperti mana yang kita semua sedia maklum, minggu hadapan, umat Islam seluruh dunia akan merayakan Hari Raya Aidilfitri dan juga, keseluruhan rakyat Malaysia akan meraikan Hari Kemerdekaan yang ke 54. Berdasarkan kemaskini Tweet dan Facebook kebanyakan rakyat akan bercuti selama seminggu bermula daripada Isnin ini.

Maka tidak dapat dinafikan minggu hadapan kita akan sibuk bercuti, yang mana, ianya satu perkara yang menenangkan kita semua dan akan merehatkan diri kita dari kerja, sekaligus memungkinkan keadaan yang mana anda, para pembaca setia kami, akan berjauhan dengan Amanz.

Namun begitu usah bimbang, kami faham dan kami juga manusia yang mempunyai keluarga, sahabat handai serta saudara mara yang perlu diziarahi pada musim perayaan ini. Justeru, bagi memastikan anda semua masih boleh mencerna informasi berkaitan teknologi sambil mencerna ketupat dan rendang, kami menyediakan Langganan Buletin Harian Amanz. Kesemua berita pada hari tersebut akan dikumpulkan didalam satu email yang akan dihantar kepada anda.

Jadi anda tidak perlu bersikap acuh-tak-acuh kerana menggunakan peranti elektronik anda untuk melayari laman web kami semasa melawat saudara mara anda.

Tahukah anda, agak kurang sopan kalau kita ziarah-menziarahi sanak-saudara, dan kita terlalu asyik dengan peranti kita, tidak kira sama ada sedang menggunakan laman sosial, mahupun melayari blog.

Langgani Buletin Harian Amanz disini.

Juga dikesempatan ini kami ingin menasihati para pembaca kami yang akan memandu, jangan melayari Amanz.my, membaca/mengemaskini Twitter atau Facebook, dan juga jangan sibuk ‘check-in’ di Plaza Tol kecuali keadaan benar-benar selamat untuk anda mengalih perhatian anda.

Akhir kata, kami, warga kerja Amanz.my memohon ampun dan maaf andai terdapat terkasar bahasa, tersombong peribadi, dan juga andai ter-troll. :p

Sekian sahaja dari saya, Ikhwan Nazri (@tekong), yang mewakili Aman Firdaus (@amanfirdaus), Effi Shaharuddin (@obefiend), dan juga keseluruhan warga kerja Amanz Network.

Nantikan sesuatu yang menarik selepas Raya. Yosh!

Komen