Cari @ Amanz

Seperti mana yang diperkatakan pada GamesCom yang lepas, kini para peminat Pro Evolution Soccer sudah pun boleh memuat-turun PES 2012 untuk PC bermula hari ini. Seperti sedia maklum, versi demo ini adalah versi pembangunan lagi, dan berkemungkinan versi akhirnya kelak berbeza dengan apa yang diperlihatkan sekarang.

Selain daripada versi PC, untuk pengguna PlayStation 3 juga ianya turut sama telah dilepaskan, dimana para pengguna boleh mendapatkannya melalui PSN. Konami turut mengatakan yang mana versi Xbox 360 ditangguhkan sementara dan akan dilancarkan pada bulan September kelak.

Melalui versi demo yang dilepaskan ini, ianya membolehkan para pemain bermain pertandingan selama 10 minit bersama beberapa pasukan ternama, termasuk Manchester United, AC Milan dan juga Porto. Pada masa yang sama, Konami turut memperkatakan yang mana demo kedua kelak akan dilancarkan pada bulan hadapan untuk semua pengguna.

Para pengguna dan peminat PES 2012 boleh memuat-turun demo-nya hari ini, dan mula bermain sebelum ianya dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd