Fungsi Carian Suara Diperkenalkan Pada Google Maps

Fungsi Carian Suara Diperkenalkan Pada Google Maps

Diterbitkan pada Ogos 26, 2011 oleh .

Setelah memperkenalkan carian melalui suara pada enjin carian utama mereka, kini Google turut sama mula menyertakan fungsi tersebut pada beberapa produk yang lain, dan terkini ianya kelihatan yang mana Google telah mengintegrasikan fungsi carian suara pada produk peta mereka, Google Maps.

Walaubagaimanapun, buat masa ini, perkhidmatan ini hanya diperkenalkan kepada para pengguna Amerika Syarikat sahaja dan perlu menggunakan pelayar web Chrome untuk melihatnya. Namun begitu, mungkin dalam masa beberapa bulan lagi, Google akan memperkenalkannya kepada pengguna global secara berperingkat.

Dengan carian suara diperkenalkan pada Google Maps, ianya turut memberikan idea yang mana Google akan memperkenalkan fungsi tersebut pada lebih banyak produk mereka. Mungkinkah selepas ini kita akan dapat menggunakan GMail dan menaip pada Google Docs dengan hanya menggunakan suara? Sama-sama kita nantikan perkembangan fungsi suara dan audio daripada Google ini.


TIPS & ULASAN