Galaxy Tab 7.7 Dan Galaxy Note Antara Peranti Baru Yang Bakal Dilancarkan Samsung?

Galaxy Tab 7.7 Dan Galaxy Note Antara Peranti Baru Yang Bakal Dilancarkan Samsung?

Diterbitkan pada Ogos 26, 2011 oleh .

Sebelum ini, Samsung telah memperlihatkan sebuah video khas menunjukkan yang mana mereka bakal melancarkan sesuatu yang menarik pada 1 September kelak. Dan untuk menjayakan perkara tersebut, mereka turut sama telah memperkenalkan sebuah aplikasi khas, yang mana pada masa yang sama menunjukkan apa yang mereka bakal lancarkan itu.

Melalui aplikasi tersebut, ianya kelihatan yang mana Samsung turut sama menyertakan tiga logo khas, iaitu Samsung Galaxy Note, Samsung Wave 3 dan juga Samsung Galaxy Tab 7.7. Ianya sekaligus memberikan idea awal mengenai apakah yang bakal dilancarkan dan diperlihakan oleh Samsung pada hari tersebut.

Seperti yang kita dapat sasarkan, Samsung Galaxy Tab 7.7 akan menjadi tablet bersaiz 7.7-inci daripada Samsung menggunakan sistem operasi Android. Selain daripada itu, Samsung Wave 3 pula akan menjadi telefon pintar terkini mereka berasaskan BadaOS. Namun begitu, apa yang menjadi misteri buat masa ini adalah Samsung Galaxy Note.

Dalam pengenalan skema penamaan baru Samsung, Galaxy Note langsung tidak disentuh oleh mereka. Mungkinkah ianya menjadi peranti Windows Phone pertama daripada Samsung? Ataupun mungkinkah ianya menggunakan Android? Mungkinkah ianya Nexus Prime yang dinantikan ramai itu? Apa tekaan anda?


TIPS & ULASAN