Adakah 1Malaysia.com Masih Hidup Ataupun Sebaliknya?

Adakah 1Malaysia.com Masih Hidup Ataupun Sebaliknya?

Diterbitkan pada Ogos 26, 2011 oleh .

Ingatkah lagi anda dengan laman sosial tempatan yang dilancarkan pada bulan Januari yang lalu, sejurus selepas berita tipu berkenaan penutupan Facebook tersebar? Laman sosial yang diperkatakan telah dibangunkan sejak 2 tahun yang lepas itu, kini kelihatan seperti tidak begitu aktif lagi dikalangan pengguna Malaysia.

Menurut Alexa sendiri, laman tersebut memperlihatkan kemerosotan dari semasa ke semasa. Selain daripada itu, pada laman tersebut juga, kemaskini artikel blog kelihatan seperti dilakukan oleh bot, dan berupa seperti spam. Fungsi Chat yang diperkenalkan padanya juga seperti tidak dapat diakses buat masa ini. Berkemungkinan terdapat masalah pada bahagian pelayan mereka ketika kami cuba aksesnya.

Namun kini, apa yang menjadi pertanyaan adalah, adakah projek 1Malaysia.com ini masih lagi hidup dan mendapat kunjungan pengunjung pada masa sekarang ini, ataupun adakah projek yang diperkatakan dibangunkan selama 2 tahun ini oleh pembangunnya, hanya dibiarkan begitu sahaja oleh mereka?


TIPS & ULASAN