Mozilla Akan Kekal Menggunakan Angka Versi Pada Firefox Seperti Biasa

Mozilla Akan Kekal Menggunakan Angka Versi Pada Firefox Seperti Biasa

Diterbitkan pada Ogos 26, 2011 oleh .

Sebelum ini, ianya pernah diperkatakan yang mana Mozilla dalam perancangan untuk membuang angka versi daripada pelayar web mereka. Namun, perkara tersebut kini dibatalkan, dan Mozilla akan kekal menggunakan angka versi seperti biasa pada pelayar web mereka, sama seperti sebelum-sebelum ini.

Perkara ini telah mula dibincangkan sebelum ini oleh Mozilla apabila mereka kini menggunakan latar masa pembangunan yang pantas, dimana versi baru dikeluarkan setiap enam minggu sekali. Secara kasarnya, berkemungkinan kita akan dapat melihat sehingga Firefox 9 dilancarkan pada tahun ini sahaja.

Namun begitu, kini Mozilla telah pun membatalkan niat tersebut, kita akan terus dapat melihat penggunaan angka versi seperti biasa pada pelayar web sumber terbuka popular itu.


TIPS & ULASAN