Setelah memperkenalkan aplikasi UberSocial untuk para pengguna BlackBerry dan juga iPhone, kini pembangunnya turut sama memperkenalkan aplikasi yang serupa kepada para pengguna Android, dimana merupakan penjenamaan semula dan pengintegrasian bersama-sama aplikasi Twidroyd daripada pembangun yang sama.
Sama seperti aplikasi UberSocial pada peranti lain, melalui UberSocial untuk Android, ianya membolehkan para pengguna melihat media-media yang dikongsikan rakan-rakan lain dengan mudah tanpa meninggalkan aplikasi tersebut, selain pada masa yang sama mengikuti UberChannels yang membawakan pelbagai kandungan menarik khas untuk penggunanya.
Bagi mereka yang berminat, anda boleh memuat-turun UberSocial untuk Android daripada Android Market secara percuma hari ini, dan mula menggunakannya untuk mengendalikan Tweet anda.
Pada masa yang sama, bagi yang menggunakan aplikasi Twidroyd sebelum ini, kemaskini aplikasi mereka akan membawakan dua ikon, iaitu ikon Twidroyd dan UberSocial, dimana kedua-duanya akan membuka aplikasi yang sama, UberSocial untuk Android.