Firefox 9 Bakal Memperkenalkan Rekabentuk Halaman Tab Baru Menyerupai Opera?

Firefox 9 Bakal Memperkenalkan Rekabentuk Halaman Tab Baru Menyerupai Opera?

Diterbitkan pada Ogos 26, 2011 oleh .

Selain daripada Chrome, kini nampaknya Mozilla turut sama akan memperkenalkan rekabentuk halaman tab baru yang baru pada Firefox, dimana ianya diperkatakan melalui rekabentuk baru itu kelak, ianya akan membawakan pelbagai fungsi yang menyerupai elemen-elemen pada fungsi Speed Dial yang terdapat pada pelayar web Opera.

Firefox Australis

Halaman tab dengan rekabentuk baru ini disasarkan untuk diperkenalkan pada Firefox 9 kelak, dimana melaluinya, para pengguna boleh memperlihatkan antara 9 hingga 16 halaman kegemaran mereka dengan mudah, serta mengubah nya mengikut citarasa pengguna dengan senang.

Selain daripada itu, Firefox 9 juga disasarkan untuk memperkenalkan rekabentuk pelayar web yang serba baru, seperti mana pernah diperlihatkan sebelum ini. Buat masa ini, Firefox 9 masih lagi pada saluran Nightly, dan tidak membawakan sebarang perubahan drastik padanya.


TIPS & ULASAN