Seperti sedia maklum, Google sebelum ini pada tahun lepas telah mengambil-alih Slide pada harga lebih kurang $200 juta, dan kini ianya dilaporkan yang mana Slide akan ditamatkan, dan pekerja sedia ada akan menyertai beberapa bahagian di dalam Google sendiri, termasuk ke YouTube dan lain-lain produk Google.
Mungkin semua sedia maklum yang mana Slide merupakan pembangun disebalik beberapa aplikasi mudah-alih, seperti Pool Party, Disco dan juga Photovine yang diperkenalkan baru-baru ini.
Sehingga kini, Photovine masih lagi belum boleh diakses oleh para pengguna tempatan, selain baru-baru ini mereka mengumumkan perancangan untuk memperkenalkan aplikasi Android. Namun begitu, melalui pengumuman Google mengenai penutupan Slide juga, ianya sekaligus memberikan efek kepada aplikasi keluaran mereka, dimana ianya dijangka akan ditamatkan dalam masa beberapa bulan lagi.
Walaubagaimanapun, ianya amat mendukacitakan untuk melihat Google menghentikan aplikasi Photovine yang kelihatan amat menarik sekali. Mungkinkah Google akan memperkenalkan fungsi seumpamanya pada Google+ atau Picasa?