Syarikat Pengiklanan Atas Talian Baru – Noobie Dilancarkan

Syarikat Pengiklanan Atas Talian Baru – Noobie Dilancarkan

Diterbitkan pada Ogos 26, 2011 oleh .

Seperti mana yang dinantikan, akhirnya pihak Noobie.my telah pun melancarkan perkhidmatan pengiklanan mereka hari ini, membolehkan semua pengguna mendaftar dan menggunakannya dengan mudah, hanya dengan menghubungkan akaun Facebook sahaja. Pengguna juga boleh terus menambah kod iklan pada blog mereka serta-merta bermula hari ini.

Sebagai permulaan, mereka telah pun menyediakan salah seorang pengiklan, dan daripada sistem mereka, ianya dilihat yang mana data dikumpulkan berdasarkan kepada klik dan juga penglihatan (impressions). Noobie menetapkan pembayaran minimum pada RM100 dan ianya akan diproses dalam tempoh 30 hari daripada tarikh pembayaran diminta.

Buat masa ini, sistem Noobie memperlihatkan sistem berdasarkan mata ganjaran, dan menurut pihak Noobie, mereka akan mengubahnya kepada sistem wang tidak lama lagi, dan buat masa ini, ianya boleh diperkatakan dalam peringkat ujian beta lagi.


TIPS & ULASAN