Cari @ Amanz

Ingatkah lagi anda dengan trend rekabentuk baru pada profail Facebook? Kini dengan Twitter mula memperkenalkan sokongan galeri pada halaman profail Twitter, perkara sama turut dicuba oleh para pengguna Twitter, sekaligus menjadikan halaman profail Twitter masing-masing lebih menarik berbanding kebiasaan.

Perkara ini diperkenalkan oleh Jeremiah Warren, dimana beliau sendiri telah menyediakan sebuah video tutorial khas untuknya, selain pada masa yang sama menyediakan sebuah fail PSD untuk digunakan oleh para pengguna untuk edit gambar mereka untuk digunakan pada profail mereka.

Walaubagaimanapun, seperti pada Facebook, yang mana anda perlu kawal gambar yang ditag dengan nama anda, pada Twitter pula anda perlu mengelakkan untuk menghantar Tweet dengan gambar, supaya ia tidak menganggu struktur gambar diperlihatkan pada profail.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd