Cari @ Amanz

Lebuhraya PLUS merupakan salah satu lebuhraya popular yang sering digunakan oleh pemandu ketika bercuti dan berangkat pulang ke kampung ketika musim perayaan ini. Menariknya adalah dimana kini PLUS bersama-sama dengan Celcom memperkenalkan sebuah aplikasi khas untuk para pengguna BlackBerry menawarkan pelbagai informasi berkaitan lebuhraya PLUS melaluinya.

Melalui aplikasi tersebut, PLUS menyediakan pelbagai informasi, termasuk informasi berkaitan trafik semasa (dengan integrasi Twitter PLUS), peta perjalanan lebuhraya utara-selatan, dan juga kos dan pengiraan tol PLUS. Pada masa yang sama, melalui aplikasi tersebut, para pengguna turut sama boleh menyemak pelbagai infrastruktur sampingan seperti stesen minyak, mesin ATM, kawasan rehat dan sebagainya.

Buat masa ini, ianya hanya ditawarkan untuk para pengguna BlackBerry, dan boleh dimuat-turun secara percuma terus daripada BlackBerry AppWorld ataupun daripada halaman WAP Celcom oleh semua pengguna BlackBerry Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd