Google nampaknya kini memperkenalkan pelbagai fungsi baru dari hari ke hari pada rangkaian sosial Google+ mereka, dimana hari ini, selain memperkenalkan kemaskini untuk aplikasi Android mereka, Google turut sama memperkenalkan fungsi untuk Ignore pada rangkaian sosial Google+ tersebut.
Sebelum ini, Google+ hanya menyediakan fungsi untuk menghalang (block) pengguna lain, sekaligus mematikan akses ke halaman profail anda. Namun begitu, kini dengan fungsi Igonre, para pengguna lain masih boleh mengikuti dan komen pada profail anda yang ditetapkan sebagai awam dengan mudah dan senang.
Menariknya adalah, aktiviti yang dilakukan oleh pengguna yang dilabelkan sebagai Ignore tidak akan muncul langsung dalam notifikasi dan sebagainya, walaupun mereka meninggalkan komen dan sebagainya.