Cari @ Amanz

Akhirnya, setelah dinantikan sekian lama, trailer sebenar untuk permainan Counter-Strike : Global Offensive telah pun dilepaskan, memperlihatkan serba sebanyak apakah yang bakal dibawakan oleh permainan generasi baru daripada Valve itu yang bergenre-akan tembak-menembak. Counter-Strike : Global Offensive ini disasarkan untuk pelancaran tahun hadapan oleh pihak Valve.

Walaupun ianya diumumkan sebelum ini, Valve tidak mengeluarkan sebarang trailer, dan hanya melepaskan trailer rasmi mereka buat masa ini. Melalui CSGO yang terbaru ini, beberapa senjata tambahan ditambah, selain turut membawakan peta-peta klasik selain beberapa penambahan baru.

Dan menariknya lagi adalah dimana CSGO ini bakal menyokong pelbagai platform, dimana para pengguna PC, Mac dan juga PlayStation boleh bermain bersama-sama dengan mudah dan senang. Mungkin dalam masa terdekat ini, kita akan dapat melihat lebih banyak informasi berkaitan permainan yang disasarkan untuk pelancaran awal tahun hadapan nanti.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd