WordPress Mula Mempromosikan JetPack Dengan Lebih Serius Lagi

WordPress Mula Mempromosikan JetPack Dengan Lebih Serius Lagi

Diterbitkan pada Ogos 26, 2011 oleh .

Setelah memperkenalkan JetPack sebelum ini, WordPress kini mula mempromosikan penggunaannya kini dengan lebih serius, dimana mereka mula mematikan sokongan untuk beberapa plugin sedia ada, dan meminta para pengguna untuk mula menggunakan JetPack bermula hari ini.


Sebelum dan Selepas Pemasangan JetPack

Antara plugin yang mula digantikan oleh WordPress adalah termasuk WP.com Stats dan beberapa lagi yang ditawarkan oleh pihak WordPress dan Automattic sendiri. Pada masa yang sama, para pengguna boleh menguruskannya dengan mudah dengan hanya menggunakan JetPack sahaja, dan mengintegrasikannya bersama-sama dengan akaun WordPress.com.

Melalui JetPack, WordPress membawakan beberapa plugin bersama-sama dengannya sekali untuk memudahkan pengurusan. Antara plugin yang disertakan termasuklah WP.com Stats, Twitter Widget, Gravatar Hovercards, Sharedaddy, After The Deadline dan beberapa plugin menarik lagi.


TIPS & ULASAN