Carian
Apple Sedang Membangunkan Teknologi Baru Untuk Strim Video Ke Televisyen
August 26, 2011 Aman

Selain daripada pertukaran CEO di Apple, kini ianya turut dikatakan yang mana Apple sedang dalam proses membangunkan sebuah teknologi baru, yang mana akan membawakan video terus ke televisyen dengan mudah, dan berkemungkinan akan melancarkan perkhidmatan televisyen berasaskan langganan.

Walaubagaimanapun, perkara lanjut berkaitan dengannya masih lagi samar-samar dan tidak diketahui sepenuhnya. Ianya turut diperkatakan yang maan perkhidmatan tersebut mungkin turut sama akan diperkenalkan dengan salah satu fungsi yang membolehkan para pengguna berkongsi media antara peranti-peranti iOS dengan mudah dan senang. Selain daripada itu, ianya turut diperkatakan yang mana Apple turut berminat mendapatkan Hulu, yang serba-sebanyak akan menolong perkara ini.

Selain daripada Apple, antara nama lain yang turut sama ingin memperkenalkan perkhidmatan yang serupa adalah termasuk Google melalui GoogleTV, Amazon dan juga Microsoft melalui Xbox.

Komen