Cari @ Amanz

Selain daripada Celcom yang telah pun memperlihatkan pakej tawaran mereka untuk BlackBerry Bold 9900, kini lagi satu syarikat telekomunikasi tempatan, iaitu DiGi bakal mula menawarkan peranti tersebut. Walaubagaimanapun, buat masa ini, mereka menawarkan kepada yang telah mendaftarkan minta terlebih dahulu, untuk mendapatkannya seawal 29 Ogos ini.

Ianya tidak diketahui bilakah mereka akan menawarkan BlackBerry Bold 9900 kepada pengguna lain, dan pakej yang ditawarkan masih lagi tidak diketahui. Tetapi seperti apa yang boleh disasarkan adalah yang mana mereka akan menawarkannya bersama-sama dengan pakej DG Smart Plan berharga RM68 sebulan.

Harga peranti yang ditawarkan juga masih tidak diketahui buat masa ini. Mungkin kita akan dapat melihat lebih banyak maklumat berkaitan dengan BlackBerry Bold 9900 kelak selepas ianya mula dijual pada 29 Ogos ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd