Selain daripada pelancaran HTC Evo 3D dan tawaran BlackBerry Bold 9900 oleh DiGi, kini kedengaran ura-ura awal memperkatakan yang mana DiGi bakal menawarkan Nokia N9 apabila ianya dilancarkan kelak dengan pakej khas daripada DiGi Smart Plan. Walaubagaimanapun, tarikh pelancaran dan harganya masih tidak diketahui buat masa ini.
Nokia N9 merupakan salah satu peranti baru dan pertama daripada Nokia yang menggunakan sistem operasi MeeGo. Sehingga kini, ianya telah menerima pelbagai ulasan yang baik daripada mereka yang telah dapat mengujinya ketika acara pra-lihat tempoh hari.
Di Malaysia, Nokia N9 disasarkan untuk pelancaran pada bulan hadapan, dan harganya dianggarkan dibawah RM2000. Sama-sama kita nantikan pelbagai berita lanjut mengenai Nokia N9 dengan hampirnya bulan September ini.