Seperti sedia maklum, melalui Facebook Zero, para pengguna boleh melayari laman sosial terkemuka itu pada harga yang lebih murah malah percuma kadang-kala. Namun begitu, melalui kemaskini terkini DiGi, mereka mengumumkan yang mana mereka tidak akan menyokong Facebook Zero daripada 27 Ogos ini sehingga 5 September akan datang.
Sebaliknya, DiGi mengalakkan para pengguna untuk menggunakan Facebook Mobile, dimana caj perkhidmatan internet akan dikenakan untuknya. Menurut DiGi, Facebook Zero akan diselenggara oleh pihak mereka pada tempoh tersebut.
Walaubagaimanapun, mungkin tempoh dan masa DiGi untuk mengumumkan perkara ini adalah tidak tepat, dimana dengan musim perayaan, mungkin lebih ramai yang menggunakan laman sosial tersebut dengan lebih aktif. Alasan untuk menyelenggara selama hampir 9 hari juga seperti tidak masuk akal. Namun apa pun, keputusan akhir masih bersama penyedia internet itu sendiri.