Cari @ Amanz

Selain daripada Windows XP yang telah menyambut ulang-tahun ke-10 baru-baru ini, lagi satu aplikasi yang meraikan ulang-tahun ke-10-nya hari ini adalah Internet Explorer 6, yang mana masih lagi aktif digunakan oleh segelintir pengguna sehingga kini, walaupun Microsoft telah mengeluarkan kemaskini untuknya, sehingga Internet Explorer 9.

Internet Explorer 6 merupakan salah satu aplikasi yang turut didatangkan bersama-sama dengan Windows XP sebagai pelayar web utamanya. Ianya telah dilepaskan pada 27 Ogos 2001, sebaik sahaja Windows XP selesai dibangunkan oleh Microsoft.

Walaubagaimanapun, Internet Explorer 6 merupakan salah satu pelayar web yang dikritik oleh ramai pengguna, disebabkan tidak menyokong pelbagai standard web semasa, serta diperkatakan mempunyai banyak masalah sekuriti.

Microsoft sendiri telah mengeluarkan kemaskini Internet Explorer, dimana versi terkini yang telah dilepaskan adalah Internet Explorer 9, dan Internet Explorer 10 kini dalam proses pembangunan dan akan dilancarkan tidak lama lagi. Selain daripada itu, dalam usaha untuk menarik para pengguna mengemaskini pelayar web mereka, Microsoft turut menjalankan kempen meminta pengguna IE6 menaik-taraf pelayar web mereka, serta beberapa aplikasi web seperti Google dan WordPress yang telah pun mula menghentikan sokongan untuk IE6.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd