Facebook Menamatkan Perkhidmatan Facebook Deals

Facebook Menamatkan Perkhidmatan Facebook Deals

Diterbitkan pada Ogos 27, 2011 oleh .

Kini dengan Groupon sendiri menghadapi masalah untuk menarik pengguna ke perkhidmatan mereka, Facebook mengambil langkah awal dengan menamatkan perkhidmatan Facebook Deals yang pernah diperkenalkan lebih kurang empat bulan yang lalu, yang mana masih belum diperkenalkan di Malaysia buat masa ini.

Facebook mengatakan mereka telah menguji Deals untuk beberapa bulan, dan kini akan menamatkannya dalam masa beberapa minggu lagi. Namun begitu, mereka akan terus mencuba bagaimana untuk menawarkan cara yang baik kepada perniagaan dpada masa akan datang.

Walaubagaimanapun, Facebook masih lagi mengekalkan fungsi Chek-In Deals, dimana melaluinya membolehkan pengguna untuk daftar masuk ke sesuatu lokasi, dan kemudiannya melihat apakah tawaran yang diberikan oleh sesuatu perniagaan itu.


TIPS & ULASAN