Nampaknya, raya kali ini kita akan dapat lihat lebih ramai meraikannya dengan kemudahan aplikasi digital dan sebagainya, dimana kini bukan sahaja anda boleh menyemak trafik lebuhraya, malah anda turut boleh berkongsi akan kad raya dengan mudah menggunakan aplikasi khas.
Aplikasi yang dibangunkan oleh M3 Technologies ini boleh dikatakan masih baru lagi, di mana melaluinya para pengguna boleh membuat kad raya mereka tersendiri dengan mudah dan pantas, selain menghiasnya dengan mudah menggunakan aplikasi tersebut terus. Buat masa ini, melalui aplikasi kad raya tersebut, mereka menyediakan sehingga 20 rekabentuk sedia ada untuk digunakan dengan pantas.
Setelah membangunkan kad raya digital anda, seterusnya para pengguna boleh berkongsikan ianya menggunakan laman sosial terkemuka seperti Facebook ataupun menghantarnya melalui emel ataupun MMS kepada rakan-rakan anda.
Buat masa ini, aplikasi kad raya ini hanya ditawarkan untuk para pengguna iOS sahaja, termasuk pengguna iPhone, iPad dan juga iPod Touch.