Nampaknya, sebagai salah satu langkah sebelum memperkenalkan Google+ kepada semua, kini Google telah pun mengubah borang pendaftaran akaun mereka, dimana kini Google turut sama menambah ruangan untuk tarikh-lahir padanya. Pada masa yang sama, ianya turut kelihatan yang mana Google tidak membenarkan mereka yang berumur dibawah 13 tahun untuk mendaftarkan akaun padanya.
Sebelum ini, Google tidak pernah meminta tarikh lahir pada ketika pendaftaran, kecuali pada YouTube sahaja. Namun begitu, akhir-akhir ini, ianya kelihatan yang mana setiap kali kita log masuk ke akaun Google, ianya turut menarik data daripada YouTube, untuk mengesahkan umur pengguna.
Beberapa pengguna yang dibawah umur 18 tahun juga sebelum ini kelihatan tidak dapat mendaftarkan diri mereka untuk menyertai Google+. Namun mungkin kini Google telah mengubahnya kepada dibawah umur 13 tahun, dan mereka yang hanya diatas 13 tahun sahaja boleh menggunakan perkhidmatan Google, termasuk Google+.