Tim Cook Menerima 1 Juta Saham Apple Sebagai CEO Apple

Tim Cook Menerima 1 Juta Saham Apple Sebagai CEO Apple

Diterbitkan pada Ogos 27, 2011 oleh .

Lanjutan daripada perubahan CEO Apple, kini Tim Cook telah pun mengambil-alih tugasnya bermula daripada minggu ini. Dan sebagai ganjaran menjadi CEO kepada Apple Inc, kini beliau dianugerahkan dengan sebanyak 1 juta unit saham Apple, dimana ianya akan matang pada 2021 kelak.

Saham yang diberikan kepada Tim Cook adalah secara berperingkat, dimana sebanyak 500,000 unit saham akan diberikan pada 2016, dan selebihnya lagi pada tahun 2021. Sekaligus ianya memberikan idea yang mana berkemungkinan Tim Cook akan menjadi CEO Apple selama lebih kurang 10 tahun, bermula daripada tahun ini.

Sebelum ini, pada tahun lepas, ketika memegang jawatan COO, Tim Cook telah menerima gaji dan bonus sejumlah lebih $58 juta.


TIPS & ULASAN