Twitter – Lebih Pantas Daripada Gempa Bumi

Twitter – Lebih Pantas Daripada Gempa Bumi

Diterbitkan pada Ogos 27, 2011 oleh .

Ianya amat jarang sekali kita dapat lihat video promosi untuk Twitter. Kini, melalui sebuah video promosi khas, Twitter memperlihatkan yang mana para pengguna perkhidmatan mereka mengetahui sesuatu perkara lebih pantas daripada pengguna lain, dan pada masa yang sama, membolehkan pelbagai perkara diselamatkan.

Video ini diperlihatkan berikutan daripada kejadian gempa bumi baru-baru ini di New York City, dimana para pengguna Twitter telah menerima pelbagai mesej lebih pantas sebelum bandar tersebut ditimpa gempa bumi.

Twitter sendiri kini telah menjadi platform untuk pelbagai perkara disampaikan lebih pantas dan pada kos yang lebih rendah. Di Malaysia sahaja, pelbagai syarikat menggunakan perkhidmatan Twitter, termasuk P1 yang memberikan khidmat sokongan pelanggan melalui Twitter, serta PLUS yang menggunakan Twitter untuk menyampaikan keadaan lalu-lintas semasa di leubhraya mereka.


TIPS & ULASAN