Cari @ Amanz

Sebelum ini, Nokia pernah memperlihatkan kebolehan untuk memindahkan fail antara satu sama lain melalui penggunaan NFC. Kini, dengan pelancaran beberapa peranti Symbian Belle dengan sokongan NFC, Nokia turut sama memperlihatkan perkara baru, dimana kini ianya mendemonstrasikan kebolehan untuk bermain menggunakan NFC dengan mudah.

Melaluinya, para pengguna dapat berhubung dengan peranti rakan mereka yang lain dengan mudah dan senang, dan kemudiannya bermain dengan senang, tanpa perlu melalui proses yang amat sukar seperti sebelum-sebelum ini.

Dengan ini juga, ianya sekaligus memperlihatkan yang mana Nokia merupakan antara pengeluar peranti yang kini mula memfokuskan kepada teknologi NFC, dan mungkin akan mempopularkan penggunaannya. Mungkin dengan tahun akan datang, kita akan dapat melihat lebih banyak peranti mula menyokongnya, dan teknologi tersebut terus diperkembangkan dengan lebih lanjut.

Sebelum ini pun, Nokia merupakan yang terawal memperkenalkan teknologi NFC, dan pernah diimplementasikan di Malaysia, melalui kerjasama Maxis dalam program Fast Tap. Namun begitu, berkemungkinan pada ketika itu, ianya teramat awal, dengan sokongan peranti yang terhad. Kini, dengan satu demi satu peranti mula menyokongnya, ianya tidak mustahil akan menjadi popular dalam masa setahun dua lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd