Gambar Awal Samsung Galaxy Tab 7.7 Mula Kelihatan

Gambar Awal Samsung Galaxy Tab 7.7 Mula Kelihatan

Diterbitkan pada Ogos 28, 2011 oleh .

Beberapa hari yang lepas, ianya diketahui yang mana Samsung bakal mengumumkan tablet mereka yang baru tidak lama lagi, iaitu Galaxy Tab 7.7. Kini, dengan tarikh 1 September tinggal hanya beberapa hari lagi, beberapa gambar awal Galaxy Tab 7.7 mula kelihatan di internet, dengan beberapa ciri-ciri yang bakal dibawakan olehnya.

Buat masa ini, spesifikasi untuknya masih lagi tidak diketahui sepenuhnya. Namun begitu, ianya membawakan beberapa kekunci pintas pada tablet tersebut, tidak seperti Galaxy Tab 10.1, sekaligus memberikan idea yang mana ianya akan menggunakan Android Gingerbread, dan bukannya Honeycomb seperti Galaxy Tab 10.1 dan juga Galaxy Tab 8.9.

Namun begitu, memandangkan ianya dilancarkan pada bulan September ini, mungkin kita akan dapat melihat ianya menerima kemaskini Android Ice Cream Sandwich apabila ianya dilepaskan tidak lama lagi.

Selain daripada itu, ianya turut sama membawakan panel pengecas sama seperti yang terdapat pada Galaxy Tab 10.1, tetapi terletak dibahagian tepinya.

Mungkin kita akan dapat lebih maklumat seperti spesifikasi dan harganya apabila ianya dilancarkan kelak pada bulan September ini. Sama-sama kita nantikannya.


TIPS & ULASAN