Microsoft Memfailkan Paten Untuk Antaramuka Dwi-Skrin

Microsoft Memfailkan Paten Untuk Antaramuka Dwi-Skrin

Diterbitkan pada Ogos 28, 2011 oleh .

Ingatkah lagi dengan konsep peranti dwi-skrin yang dipanggil Courier yang pernah diperlihatkan Microsoft sebelum ini? Walaupun perkara tersebut telah dibatalkan selepas beberapa ketika, namun mungkin pada masa depan, Microsoft mungkin akan memperkenalkan peranti dwi-skrin.

Ianya kelihatan, melalui permohonan paten dan hak cipta baru daripada Microsoft yang mana mereka bakal memperkenalkan sokongan sentuhan untuk dwi-skrin. Namun begitu, ianya masih tidak diketahui samada adakah Microsoft akan memperkenalkan tablet itu sendiri, ataupun sekadar menyertakan sokongan tersebut pada Windows 8 kelak.

Beberapa hari sebelum ini juga, ianya telah diperkatakan yang mana Microsoft bakal memberikan para hadirin acara BUILD pada bulan September kelak sebuah tablet khas yang menggunakan cip empat-teras. Mungkin kita akan dapat melihat lebih banyak berita mengenai sokongan tablet dan Windows 8 pada acara tersebut kelak.


Courier : PC Tablet Dari Microsoft


TIPS & ULASAN