LivingSocial Menjana Lebih Wang Berbanding Groupon Di Malaysia

LivingSocial Menjana Lebih Wang Berbanding Groupon Di Malaysia

Diterbitkan pada Ogos 28, 2011 oleh .

Perkara ini mungkin sedikit mengejutkan semua pihak, dimana walaupun Groupon Malaysia kelihatan popular, namun apabila dilihat daripada pendapatan, ianya masih dimenangi oleh LivingSocial melalui laman mereka di Malaysia, iaitu Everyday.com.my. Ianya seterusnya diikuti oleh MyDeal di tempat yang ketiga.

Buat masa ini, angka pengguna Everyday.com.my tidak diketahui oleh kami, namun apa yang dapat dilihat adalah dimana Everyday.com.my meliputi lebih banyak kawasan di Malaysia, termasuk Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor dan juga terbaru di Kedah, berbanding dengan Groupon Malaysia yang mana hanya meliputi Kuala Lumpur dan juga Pulau Pinang sahaja.

Selain daripada itu, secara kasarnya, Everyday.com.my mensasarkan tawaran yang lebih menarik, serta barangan yang mampu milik, dan berharga murah, berbeza dengan pesaing-pesaing yang lain.

Everyday.com.my baru-baru ini telah diambil-alih oleh Ticket Monster yang mana merupakan salah satu syarikat Korea, sebelum syarikat tersebut diambil-alih oleh Living Social. Perkara ini, sekaligus membolehkan LivingSocial menyertai pasaran Malaysia melalui Everyday.com.my. Namun begitu, buat masa ini, masih tiada sebarang perubahan dari segi penjenamaan pada laman mereka.

The no 1 group buying site in Msia is supposedly Everyday.It’s almost 50% bigger than Groupon in revenue. Mydeal and Milkadeal are 3 and 4.less than a minute ago via TweetDeck Favorite Retweet Reply


TIPS & ULASAN