Cari @ Amanz

Selain daripada AppleTV, kini ianya diperkatakan yang mana berkemungkinan besar, Apple mungkin akan melancarkan televisyen digital mereka sendiri, yang mana menggunakan sistem operasi popular mereka iOS, dan disasarkan mungkin akan diperkenalkan seawal penghujung tahun hadapan kelak.


Gambar Konsep Televisyen Apple [via]

Ianya diperkatakan yang mana kini dengan semakin hari harga panel LCD yang semakin menurun, kemungkinan kita untuk melihat televisyen digital daripada Apple bersaiz 15-inci dan 19-inci dengan sokongan sentuhan adalah bukan suatu perkara yang mustahil.

Dan sekiranya perkara ini terjadi, ianya kelak akan membolehkan para pengguna mengintegrasikan sepenuhnya iPhone, iPad dan juga Mac mereka dengan mudah antara satu sama lain, sekaligus memudahkan pengurusan teknologi mereka.

Walaubagaimanapun, perkara ini masih lagi pada jangkaan awal, dan tiada sebarang pengesahan daripada Apple, namun sebelum ini ianya pernah diperkatakan yang mana Apple bakal memperkenalkan sesuatu yang baru berkaitan dengan televisyen.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd