Polis Selangor Kini Menawarkan Bantuan Melalui Aplikasi MyDistress

Polis Selangor Kini Menawarkan Bantuan Melalui Aplikasi MyDistress

Diterbitkan pada Ogos 28, 2011 oleh .

Nampaknya, penggunaan telefon pintar di Malaysia mungkin akan meningkat tidak lama lagi, apabila kini PDRM kontigen Selangor telah pun melancarkan aplikasi khas kepada semua pengguna, termasuk Android, iPhone, BlackBerry dan Symbian, yang mana menawarkan bantuan dengan pantas, dengan menekan satu butang sahaja.

Aplikasi yang dinamakan sebagai MyDistress itu menggunakan fungsi geolokasi untuk mencari kedudukan seseorang itu, dimana sekiranya anda menghadapi sebarang masalah ataupun sebagainya, anda hanya perlu klik butang “Help” pada aplikasi tersebut, dan seteusnya ianya akan dihantar kepada balai polis berhampiran akan menerimanya, dan menghantar anggota ke kedudukan anda itu.

Para pengguna BlackBerry dan Symbian boleh memuat-turunnya dengan membuka pautan MyDistress.net, sebaliknya pada pengguna iOS melalui AppStore, dan para pengguna Android melalui Android Market.


TIPS & ULASAN