Cari @ Amanz

Dengan bulan Ramadhan yang akan berakhir tidak lama lagi, mungkin semua bersedia menyambut Syawal. Dan sebagai persediaan, kini salah seorang pembangun daripada negara jiran telah pun menyediakan sebuah aplikasi ringkas untuknya, dipanggil Resala Eid, yang mana menawarkan beberapa tuntutan bersempena dengan Hari Raya yang menjelang tiba.

Ianya ditawarkan dalam tiga bahasa berbeza, iaitu Bahasa Inggeris, Indonesia dan juga Arab, dimana melaluinya ianya merangkumi bukan sahaja Hari Raya Aidilfitri, tetapi termasuk juga AidilAdha.

Melalui aplikasi Resala Eid ini, ianya menawarkan pelbagai perkara berkenaan dengan Eid, termasuk definisi, jenis-jenis, keistimewaan AidilFitri, keistimewaan AidilAdha, Zakat Fitrah, Korban, dan banyak lagi. Ianya masih tidak diketahui samada adakah ianya akan menyokong Bahasa Melayu pada masa akan datang ataupun sebaliknya.

Bagi yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi Resala Eid ini secara percuma terus daripada Apple AppStore untuk iPod Touch, iPhone dan juga iPad.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd