4Shared Memegang Takhta Sebagai Laman Perkongsian Fail Terbesar

4Shared Memegang Takhta Sebagai Laman Perkongsian Fail Terbesar

Diterbitkan pada Ogos 28, 2011 oleh .

Selain daripada melayari laman web, membuat kerja atas-talian, berkomunikasi antara satu sama lain dan sebagainya, salah satu aktiviti yang popular dalam dunia internet adalah berkongsi fail. Kini, laman terkemuka TorrentFreak telah pun mengeluarkan carta 10 laman perkongsian paling popular memperlihatkan 4Shared memegang takhta pertama padanya.

Melalui apa yang diperlihatkan, data telah dikumpulkan melalui Google, dan menariknya ianya kelihatan laman torrent seperti kurang popular pada masa kini, berbanding laman perkongsian fail yang lain. Pada masa yang sama, laman carian FilesTube turut sama menduduki carta.

Sebelum ini, kerajaan Malaysia melalui SKMM telah pun menghalang akses ke beberapa laman perkongsian fail terkemuka, termasuk FilesTube. Namun begitu, kemudian pihak FilesTube telah mengambil langkah awal dengan memperkenalkan akses melalui laman baru mereka. Buat masa ini, kesemua laman yang dihalang tersebut masih boleh diakses menggunakan Google DNS ataupun OpenDNS dengan mudah.


TIPS & ULASAN