Cari @ Amanz

Nampaknya, bermula daripada Symbian Belle, peranti-peranti baru Nokia akan membawakan sokongan NFC. Kini, selepas memperlihatkan sokongan untuk menghantar dan menerima fail, serta kebolehan untuk bermain permainan dengan mudah, kini Nokia turut sama menunjukkan beberapa sokongan baru, termasuk kebolehan untuk daftar-masuk ke sesuatu lokasi dan juga memainkan lagu demo dengan mudah.

Melalui video yang diperlihatkan, ianya menunjukkan kebolehan untuk mendaftar masuk kesesuatu lokasi dengan mudah, dengan hanya sekadar meletakkan telefon hanya di atas tag khas, dan kemudiannya ianya akan meneruskan proses daftar-masuk ke lokasi dengan mudah. Selain daripada itu, ianya juga turut diperlihatkan yang mana NFC juga boleh digunakan oleh kedai-kedai muzik dan sebagainya, dimana para pengguna boleh mendengar sesuatu lagu dengan mudah dan senang, tanpa perlu melalui proses memasang kaset dan sebagainya seperti sebelum ini.

Ianya juga kelihatan yang mana Nokia kini benar-benar menumpukan perhatian serius kepada sokongan NFC pada peranti mereka. Bolehkah mereka mempopularkan sokongan teknologi ini, seperti mana mereka pernah lakukannya pada teknologi SMS suatu masa dahulu?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd