Seperti pada tahun lepas, tahun ini, Google turut sama bakal mengadakan kelas dan seminar khas berkaitan Google Analytics mereka pada bulan September akan datang secara percuma, dimana melaluinya Google bakal berkongsi akan pelbagai perkara menarik berkaitan perkhidmatan statistik mereka, selain mengajar para hadirin untuk memaksimakan penggunaannya.
Ianya bakal diadakan pada 8 September kelak, dari pukul 1.30 petang sehingga lebih kurang 6.30 petang, dimana sepanjang hari tersebut, pelbagai perkara akan dikongsikan oleh pihak Google sendiri, selain pada masa yang sama, beberapa pengguna Google Analytics juga turut sama akan berkongsi akan pengalaman mereka.
Mereka yang berminat boleh mendaftarkan diri hari ini dan pendaftarannya akan berakhir esok, iaitu 29 Ogos. Anda juga boleh melihat agenda pada hari tersebut melalui halaman rasmi yang disediakan oleh Google Malaysia.