Jumlah Bilangan Aplikasi Windows Phone Melangkaui Angka 30,000

Jumlah Bilangan Aplikasi Windows Phone Melangkaui Angka 30,000

Diterbitkan pada Ogos 29, 2011 oleh .

Dengan pelancaran rasmi Windows Phone Mango yang semakin hampir, kini Microsoft telah pun mencatatkan pencapaian yang baru, dimana kini bilangan aplikasi yang dibangunkan untuk platform Windows Phone telah pun melangkaui angka 30,000 aplikasi.

Perkara ini, sekaligus memperlihatkan yang mana ianya mengambil masa hampir 10 bulan untuk Microsoft mencapai angka tersebut sejak Windows Phone dilancarkan secara rasminya kepada semua. Walaubagaimanapun, bagi pengguna di Malaysia, bilangan aplikasi yang ditawarkan masih lagi sedikit, dan ianya bukanlah angka aplikasi yang ditawarkan secara global.

Pada bulan akan datang juga, Microsoft dijangka akan memperkenalkan beberapa peranti baru Windows Phone Mango, dimana berkemungkinan kita akan dapat melihat lebih banyak fungsi-fungsi Mango secara lebih menyeluruh. Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi berkaitan bilangan angka aplikasi daripada Microsoft sendiri dalam beberapa hari lagi.


TIPS & ULASAN