Carian
DiGi Menawarkan BlackBerry Bold 9900 Pada Harga Serendah RM1399
August 29, 2011 Aman

Seperti mana yang dinantikan, hari ini, DiGi telah pun mengeluarkan pakej dan pelan untuk BlackBerry Bold 9900 mereka, dimana melalui pelan DG Smart Plan, para pengguna boleh mendapatkan peranti terbaru daripada BlackBerry itu pada harga serendah RM1399 dengan kontrak selama 24 bulan.

DiGi menawarkan dua bentuk pelan, iaitu Smart Plan 48 dan juga Smart Plan 68, yang mana masing-masing ditawarkan dengan tempoh selama 12 bulan dan juga 24 bulan. Walaubagaimanapun, para pengguna perlu menambah RM10 setiap bulan untuk menikmati perkhidmatan BlackBerry Internet Service.

Melalui BlackBerry Bold 9900, ianya membawakan cip pemprosesan 1.2GHz, sistem operasi BlackBerry 7 OS yang terkini, serta kamera 5 megapixel dengan sokongan rakaman 720p, serta sokongan NFC padanya.

Komen